Walaupun diasak dengan pelbagai tuduhan dan soalan berkenaan zuriat, pelakon dan pengacara popular, Janna Nick memilih untuk menenangkan diri dan bercuti ke luar negara.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Janna mengaku bahawa dia reda dengan ketentuan Tuhan terhadap rezeki yang diberikan termasuklah soal zuriat.
Meskipun sudah mencuba pelbagai cara, dia dan suami, pelakon Dini Schatzman sentiasa meletakkan harapan dan percaya dengan setiap perancangan-Nya.
Berkongsi dengan lebih lanjut, Janna atau nama penuhnya, Nurul Jannah Muner, 29, mengaku ada fasa dimana dia bersedih setiap kali datang bulan.
“Menangis tu biasa bagi semua yang sedang TTC. They’re monthly grieving cycles. I had a worse breakdowns than the one I posted.
“Nangis senyap-senyap dalam tandas after tahu period, nangis senyap-senyap sebab tak nak husband kita sedih juga.
“Ini lumrah semua yang berusaha untuk dapatkan anak. Redha, bukan tak redha. just nak share, my TTC journey.
“Tetap percaya dan bersangka baik dengan Allah. Semoga ada antara doa dari kalian yang diangkat oleh Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok, pelakon drama rantaian Melastik Ke Hatimu 2 ini juga ada berkongsi bahawa duit bukanlah segala-galanya termasuklah mampu melakukan rawatan In Vitro Fertilisation (IVF).
“Ia memang kerja Tuhan, kalau ada duit RM100,000 pun dan boleh buat IVF beribu kali pun, taapi kalau Allah kata tak dapat lagi, tak dapat juga,” katanya.
Terdahulu, pengacara program Famili Duo ini kecewa apabila terdapat segelintir individu yang menuduh suaminya, Dini Schatzman menjadi punca kenapa mereka belum dikurnikana zuriat.
Bahkan, Jannah mendedahkan dia dan suami telah melakukan rawatan IVF sejak setahun yang lalu namun gagal.
ARTIKEL BERKAITAN:8 Tahun Diasak Soal Anak, Aprena Manrose Faham Perasaan Duka Janna Nick – “Sakitnya Hati Ni, Ingat Kami Tak Usaha?”
ARTIKEL BERKAITAN:Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat
ARTIKEL BERKAITAN:Janna Nick Dedah Ashraf Muslim Individu Bertanggungjawab ‘Bunuh’ Saka Keturunan Keluarga – “Lepas Tu Saya Sengsara Alami Perkara Ghaib”




