Redah sungai panjat bukit, usaha gigih ‘frontliner’ hantar jenazah ke pedalaman

Redah sungai panjat bukit, usaha gigih ‘frontliner’ hantar jenazah ke pedalaman

Walaupun pandemik Covid-19 di Malaysia sudah semakin terkawal, namun jumlah kematian masih lagi ada setiap hari. Ada sahaja video atau perkongsian yang tular di media sosial melibatkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang begitu menyebakkan.

Salah satunya perkongsian daripada akaun Tiktok @fyzajoe111 apabila memuat naik kesungguhan dan susah payah petugas pengurusan jenazah di kawasan pedalaman yang perlu memakai PPE lengkap menghantar jenazah pulang ke keluarga untuk disemadikan.

@fyzajoe111

Pengendalian Jenazah Covid19 oleh Team Kawalan Pej. Kesihatan Daerah Ranau dengan kerjasama APM Ranau di Kg Manikualu Gusi#covidisreal🌏💔

♬ bunyi asal – 💪[email protected]@ [email protected]💪🌈 – 🐜Bo$$ Nucciy, ⚔️

Dapat dilihat mereka terpaksa melalui sungai sehingga ke paras dada, kemudiannya mendaki bukit dengan membawa sekali peti mayat.

@fyzajoe111

Sambungan.. Daripada sungai, meredah bukit manikulau untuk menghantar jenazah ke persemadian terakhir…#semogadiberkatiallahduniaakirat #covidisreal

♬ Perwira Negara – Unic

@fyzajoe111

Semoga dilindungi, dirahmati dan diberikan kesihatan yang terbaik buat kalian…. #covidisreal🌏💔

♬ Berita Kepada Kawan – Ebiet G. Ade

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan menghadirkan pelbagai komen di akaun TikTok berkenaan. Rata-rata berasa sebak apabila melihat ‘perjuangan’ petugas barisan hadapan yang benar-benar amanah dalam menjalankan tugas sehingga sanggup mengharungi pelbagai cabaran seperti itu.

 

 

 

Sumber: TikTok @fyzajoe111

 

Scroll to Top