Augusta: Patrick Reed mencuri tumpuan apabila memulakan aksi pusingan pertama Masters dengan cemerlang untuk mendahului saingan selepas mencatat lima bawah par.
Juara Masters 2018 itu melakukan dua eagle dalam lapan lubang pertama, termasuk pukulan putt sejauh 56 kaki di lubang kelapan, sekali gus memberinya kelebihan satu pukulan di Augusta National.
Reed membuka aksi dengan birdie di lubang pertama sebelum mencatat eagle di lubang kedua, dan mengekalkan momentum tersebut untuk mencatat permulaan terbaiknya dalam 13 penampilan di Masters.
Pemain England, Tommy Fleetwood berada rapat di belakang selepas mencatat empat bawah par, hanya satu pukulan di belakang Reed dalam usaha memburu gelaran major pertama.
Sementara itu, juara bertahan Rory McIlroy bergelut apabila hanya mencatat par selepas tujuh lubang, manakala Bryson DeChambeau turut berada pada kedudukan sama.
Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler dan Jon Rahm dijadual memulakan cabaran lewat dalam keadaan padang yang mencabar.
Dalam kelompok pencabar, beberapa pemain berkongsi kedudukan dua bawah par termasuk Sam Burns, Akshay Bhatia dan Nick Taylor, manakala pemain China, Li Haotong muncul pendahulu awal di clubhouse dengan satu bawah par.
Reed kini berada di landasan terbaik untuk memburu gelaran Masters kedua dalam kariernya selepas aksi bertenaga sejak awal saingan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




