“Reels & Video Islamik Adalah Sumber Kekuatan” – Neelofa

“Reels & Video Islamik Adalah Sumber Kekuatan” – Neelofa

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi antara sumber kekuatannya untuk kekal istiqamah.

Menerusi perkongsian video tular, Neelofa berkata antara yang selalu dilakukannya adalah memaksa diri untuk menonton kandungan video Islamik dan menyentuh hati.

“Pertama, saya sentiasa terinspirasi dengan orang yang selalu boleh khatam Al-Quran.

“Kedua, bila tengok reels di media sosial, saya bukan sahaja tengok yang lawak tapi yang menyentuh hati.

“Saya memang tidak akan scroll kalau ada reels islamik. Walaupun kita tak nak dengar, paksa juga dengar,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya yang juga pendakwah bebas, PU Riz tuurt  memuji perubahan ibu anak dua itu apabila sentiasa istiqamah dan berpakaian menutup aurat walaupun dalam cuaca yang panas.

Scroll to Top