am@hmetro.com.my
Shah Alam: Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari apartmen di Seksyen 19, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 6.44 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati mangsa disyaki jatuh dari tingkat tujuh bangunan itu.
“Mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan itu, kira-kira 4.20 petang
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira jam 5.40 petang di Zon Merah Hospital Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramsay berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).
“Bedah siasat dibuat hari ini di Hospital Shah Alam bagi mengenal pasti punca kematian.
“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Zulhusni Hasani yang juga Ketua Polis Balai Seri Muda di talian 011-39360779 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Tamat
© New Straits Times Press (M) Bhd



