Remaja 16 tahun hilang sejak Rabu

Remaja 16 tahun hilang sejak Rabu

am@hmetro.com.my

Kajang: Polis meminta bantuan orang ramai dalam mengesan remaja perempuan yang dilapor hilang sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Airis Marissa Azlan, 16, pada 12.29 tengah hari tadi selepas kali terakhir dilihat pada Rabu.

“Remaja ini berketinggian 151 sentimeter dan berat 65 kilogram. Lokasi akhir dia ditemui adalah No 58, Jalan Kesuma 5/1L Bandar Tasik Kesuma, Beranang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Siti Norhafizah Mat Yusoff (011-54539190).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top