Remaja dilaporkan hilang

Remaja dilaporkan hilang

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang di Kampung Pasir, Hulu Kelang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, bapa kepada orang hilang (OH) memaklumkan dia mendapati anak lelakinya, Muhammad Khalif Mohd Redzuan, tiada di rumah pada 6.40 petang.

“OH berumur 14 tahun, tinggi 176 sentimeter (cm) dan berbadan 55 kilogram (kg).

“Lokasi terakhir dilihat adalah di Lot 1051, Jalan Datuk Abu Samah, Kampung Pasir Hulu Kelang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Azamil Makmor di talian 019-6004104.

“Pihak polis menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing dan tidak membenarkan mereka bersendirian serta menghubungi pihak polis atau talian kecemasan MERS 999 untuk bantuan segera,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top