Remaja ditemukan lemas di Lubuk Kawah

Remaja ditemukan lemas di Lubuk Kawah

am@hmetro.com.my

Yan: Remaja lelaki yang dilapor hilang ketika mandi di air terjun Sungai Teroi, Lubuk Kawah, di sini ditemui lemas malam tadi.

Mayat Mohd Zareef Adam Ramli, 16, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 8.40 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Mohd Razali berkata, operasi pencarian mangsa digerakkan dengan meredah sungai di kawasan mangsa dilaporkan jatuh.

“Mangsa ditemui pada jarak 500 meter dari lokasi hilang dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 9.35 malam,” katanya.

Terdahulu beliau dilapor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 6.19 petang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top