am@hmetro.com.my
Sabak Bernam: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang di kebun kelapa sawit di Jalan Haji Sadri, di sini, kelmarin, sudah pulang ke pangkuan keluarganya hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Mohamad Rahmat Tulilah Aimen Mohamad Nor Azman sudah balik (ke rumah),” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
Terdahulu, polis menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu yang berusia 13 tahun pada jam 4 petang kelmarin.
Md Yusof dilaporkan berkata, ibu Mohamad Rahmat Tulilah Aimen memaklumkan remaja itu pergi ke kebun kelapa sawit bersama bapanya.
Menurutnya, remaja lelaki itu yang mesra dipanggil Aimen adalah pemegang kad OKU kategori lemah pembelajaran selain tidak mempunyai telefon bimbit semasa hilang.
© New Straits Times Press (M) Bhd