am@hmetro.com.my
Yan: Remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Teroi, Lubuk Kawah di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Mohd Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.19 petang, dan sepasukan enam anggota ke lokasi.
Katanya, operasi dibantu anggota polis, enam anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
dan 13 orang awam.
“Komander Operasi melaporkan jentera sukar menghampiri lokasi disebabkan laluan sempit dan kawasan berbukit. Pada 6.41 petang jentera tiba dan operasi mencari dan menyelamat dilakukan,” katanya di sini hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




