PETALING JAYA: Seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai hilang selepas dikatakan keluar makan malam sejak semalam ditemukan hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, pihak polis telah menerima laporan pada 10.19 pagi hari ini daripada lelaki berusia 51 tahun berkaitan kes kehilangan tersebut.
“Pengadu merupakan ayah kandung Orang Hilang (OH) namun dia telah dijumpai semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular mesej kehilangan remaja lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhammad Naufal Shaharin di Pandan Ria Apartment di sini.
Remaja berketinggian 178 sentimeter itu didapati tidak pulang ke rumah pada 8 malam selepas memberitahu keluarganya untuk keluar makan. – UTUSAN




