Remaja lelaki ‘diganggu’ ustaz selebriti kena saman, Nurul Izzah nekad beri bantuan

Remaja lelaki ‘diganggu’ ustaz selebriti kena saman, Nurul Izzah nekad beri bantuan

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tampil menyatakan komitmen untuk membantu sebuah keluarga B40 yang disaman oleh seorang ‘ustaz selebriti’ selepas mereka membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki dalam keluarga itu.

Ustaz selebriti didakwa lakukan tindakan tak bermoral

Dalam satu perkongsian di Facebook, Nurul Izzah mendedahkan bahawa kejadian itu berlaku selepas remaja tersebut dikatakan diajak oleh ustaz selebriti berkenaan menyaksikan persembahan nasyid di negeri lain, sebelum dipujuk untuk menginap di sebuah hotel.

“Beberapa hari lalu, keluarga ini pula disaman oleh ustaz berkenaan dengan saman fitnah bernilai ratusan ribu ringgit. Mereka diminta membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran akhbar,”
“Mereka adalah keluarga B40. Simpanan pun hampir tiada. Seluruh keluarga menangis. Air mata tidak berhenti. Mereka tertanya-tanya kenapa Allah uji kami sebesar ini?” tulisnya.

Banyak kali laporan terhadap ustaz selebriti telah dibuat

Menurutnya lagi, lebih mengejutkan apabila terdapat beberapa laporan polis terdahulu dibuat terhadap individu yang sama namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Kenapa tiada tindakan diambil sejak laporan pertama? Kenapa pemangsa ini masih bebas dan terus menjadikan gelaran ‘ustaz’ sebagai topeng untuk meneruskan kejahatannya?” ujarnya.

Remaja alami trauma selepas kejadian itu

Nurul Izzah turut berkongsi bagaimana mangsa trauma sehingga mengurung diri di dalam tandas hotel selama lima jam selepas kejadian dan kini bergantung kepada kaunseling serta ubat-ubatan, malah, pelajarannya turut terjejas teruk.

“Namun satu yang pasti, saya tidak akan berundur walau selangkah. Kalau mereka mahu saman, saya akan lawan. Saya akan bawa pasukan peguam.
“Saya akan pastikan adik ini dilindungi dan keadilan itu akhirnya berpihak kepada yang benar, insya-Allah,” tegasnya.

ustaz selebriti

Artikel lain: Bentuk jati diri dari kecil, Nurul Izzah cadang Pengakap bermula seawal darjah satu

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada keluarga yang berani tampil mempertahankan hak anak mereka walaupun kini sedang diuji dengan tekanan kewangan dan emosi yang berat.

Sumber: Facebook Nurul Izzah Anwar

Scroll to Top