Remaja lelaki direman bantu siasatan kes rogol 'kekasih'

Remaja lelaki direman bantu siasatan kes rogol 'kekasih'

am@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Remaja lelaki yang dipercayai merogol kekasihnya yang juga warga Indonesia dalam bilik sewa direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Majistret Nurul Aina Ahmad membenarkan reman bermula hari ini hingga Jumaat depan terhadap suspek berusia 17 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna oren tiba di Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi anggota polis.

Difahamkan, suspek berasal dari Taiping, Perak dan bekerja di sebuah kedai makan ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis.

Suspek dan mangsa yang sudah tidak bersekolah dikatakan baharu berkenalan sejak tiga minggu lalu sebelum berlaku insiden berkenaan pada 2 Ogos lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top