Remaja maut jatuh dari balkoni rumah

Remaja maut jatuh dari balkoni rumah

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Rawang: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di Kundang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.30 malam tadi.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang imej atau maklumat tidak disahkan berkaitan kejadian ini di semua platfom media sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top