Remaja meninggal dunia tergelincir dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kelantan : Seorang remaja ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air Kampung Pasir Kasar Sering, Pengkalan Chepa semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fakri Mazlan berkata, ketika kejadian,  mangsa Muhamad Alif Asyraf Parudin, 13, bersama dua lagi rakannya sedang berjalan menyusuri laluan tepi tali air berkenaan.

“Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 10.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiga anggota turun membuat pencarian di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh dan mangsa dijumpai selepas 15 minit operasi. Mangsa ditemui di dasar sungai sedalam dua meter,” katanya.

Mayat mangsa dibawa naik jam 10.48 pagi sebelum diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.

 

ZA137 Malay News

National Desk