Remaja parah jatuh dari tingkat 10 kondominium

Remaja parah jatuh dari tingkat 10 kondominium

am@hmetro.com.my

Georgetown: Polis mengesahkan menerima laporan remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kes itu masih dalam siasatan lanjut.

“Susulan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari dan remaja terbabit masih dirawat di hospital.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top