Remaja perempuan hilang sejak Khamis ditemui selamat

Remaja perempuan hilang sejak Khamis ditemui selamat

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah di LBS Alam Perdana, Puncak Alam di sini, Khamis lalu sudah ditemui, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, remaja itu yang berusia 13 tahun 11 bulan sudah selamat pulang ke rumahnya.

“Remaja itu sudah dijumpai dan pulang semula ke rumah, semalam Terima kasih semua yang membantu,” katanya dalam kenyataan ringkas, di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar rumah di LBS Alam Perdana, Puncak Alam di sini.

Mohd Hafiz dipetik berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan dibuat ibu remaja itu pada 1.07 pagi kelmarin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top