Remaja terselamat dari serangan buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Tuaran: Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun terselamat dari serangan buaya di sungai Kampung Mengkabong.

Mohd Hamizi Halim, Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan mengulas kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang itu, remaja lelaki berkenaan bersama tujuh lagi rakannya sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.

Beliau berkata kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut, badan serta kaki kanan.

Lapor beliau, mangsa kini dirawat di wad kecemasan Hospital Tuaran dan pihak perubatan memaklumkan mangsa akan dihantar sama ada ke Hospital Papar atau Kota Belud untuk rawatan lebih lanjut.

Tambah beliau, buaya yang menyerang mangsa dianggarkan sepanjang kira-kira 1.5 meter atau lima kaki dan kes dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lokasi reptilia ini diminta menghubungi IPD Tuaran di talian 088-791 933, 088-791 966 atau 088-791 977,” katanya.

Malay News
Farah Fauzi