Rempuh mati 3 sekeluarga! Pemandu lori Imigresen digantung tugas hingga kes selesai

Rempuh mati 3 sekeluarga! Pemandu lori Imigresen digantung tugas hingga kes selesai

Pemandu lori Jabatan Imigresen yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga meragut nyawa tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi semalam, digantung tugas buat sementara waktu.

Rempuh mati 3 sekeluarga! Pemandu lori Imigresen digantung tugas hingga kes selesai

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, keputusan itu dibuat sehingga siasatan kes berkenaan selesai bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Tindakan segera jabatan kita menggantung tugas pemandu sehingga kes berkenaan selesai.
“Kita memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam kes ini. Kita juga sedang melakukan siasatan dalaman daripada aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian semalam, tiga sekeluarga yang sedang berjalan kaki maut selepas dirempuh lori Isuzu ‘Black Maria’ milik Jabatan Imigresen yang terbabas di lokasi kejadian.

Lori berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit ketika kemalangan berlaku.

Artikel lain: Tiga beranak maut dilanggar lori imigresen: Keluarga tuntut keadilan, siasatan telus!

Mangsa yang maut ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12.

Isteri Shaik Mohd Firdaus, 55, yang turut terlibat dalam kemalangan itu pula dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sumber: Berita Harian (Noor Hidayah Tanzizi)

Scroll to Top