Remy Ishak Saran Zara Zya ‘Mandi Air Garam’ Buang Aura Negatif

Remy Ishak Saran Zara Zya ‘Mandi Air Garam’ Buang Aura Negatif

Pelakon Zara Zya mencuri perhatian peminat selepas memuat naik kenyataan berkaitan kewujudan aura negatif dalam diri seseorang sehingga menyukarkan hubungan individu tersebut, termasuk hal berkaitan jodoh.

Menerusi perkongsian di platform Threads,  Zara mengambil peluang bertanyakan kepada pengikutnya sama ada mereka percaya mengenai kewujudan aura yang mampu membuatkan seseorang terasa jauh dan sukar didekati.

“Siapa disini percaya pada aura negatif dalam diri?

“Aura yang buat orang terasa jauh, yang buat sesiapa pun susah untuk mendekat? Termasuk jodoh,” soalnya.

Pertanyaan itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan perasaan ‘energi berat’ atau kesukaran membuka ruang untuk hubungan baharu.

Namun, apa yang menariknya, hantaran berkenaan mendapat perhatian aktor popular, Remy Ishak, yang tampil memberikan cadangannya  buat Zara.

“Mandi air garam dik. Mandi ais juga… Inshaa-Allah,” katanya.

Bagimanapun, respons Remy itu menerima pelbagai respons positif dalam kalangan peminat yang menyatakan rawatan air garam dan mandi ais sering dikaitkan dengan usaha membuang energi negatif dalam badan termasuklah menenangkan jiwa.

ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

ARTIKEL BERKAITAN:“Kadang Kita Pun Singgah Dalam Hidup Orang Lain Tak Selamanya”- Zara Zya

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Gara-Gara Kenyataan ‘Muak’, Zara Zya Tampil Respons: “Kamu Yang Mula, Kamu Yang Mahu… Kamu Juga yang Bitter”

ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya Disangka Pakai Susuk, Doktor Terkejut Lihat Imbasan X-ray Gigi Ada Jarum

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Trend ‘Jamilah’, Netizen ‘Kenenkan’ Zara Zya & Que Haidar… Ini Respons Empunya Badan – “Kadang Kala Agak Menekan, Tapi…”

Scroll to Top