Rentas negeri untuk bulan madu, suami isteri dihukum penjara & denda

Sepasang suami isteri dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati melanggar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan lalu.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan suaminya Azharique Shah Abdul Jalil, 23 didapati memberi maklumat palsu secara bertulis kepada polis bagi urusan kebenaran rentas negeri.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila gambar mereka yang dikatakan berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Johor Bahru menjadi tular sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.

Berdasarkan laporan media tempatan, hasil siasatan mendapati pasangan tersebut yang juga usahawan produk ina memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.

“Pasangan ini membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada Disember 2020…
“…untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu,” kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

Sumber: Facebook Malaysia Gazette , Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)