Tak serik-serik! Sebuah restoran nasi kandar di Seberang Perai dikesan beroperasi dalam keadaan kotor dan membimbangkan, sehingga memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Facebook rasmi mereka, restoran terbabit telah dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah Akta Makanan 1983.


Tindakan ini diambil selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis itu berada dalam keadaan yang sangat tidak memuaskan.
Antara tindakan diambil ialah penutupan premis serta-merta di bawah Akta Makanan 1983, yang dikeluarkan oleh PKD Seberang Perai Utara selepas mendapati tahap kebersihan premis berada di tahap membimbangkan.- Jelas MBSP.
Operasi tersebut diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MBSP dengan kerjasama Direktorat Penguatkuasaan dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara.
Kompaun RM4,000 dikenakan, visa pekerja asing dipersoal…

Selain daripada penutupan premis, MBSP turut mengenakan empat kompaun berjumlah RM4,000 serta dua notis terhadap pemilik restoran tersebut atas pelbagai kesalahan.
Sebanyak empat kompaun berjumlah RM4,000 serta dua notis atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam dan kegagalan mengemukakan visa pekerja asing yang sah turut dikeluarkan kepada pemilik restoran berkenaan.- Katanya lagi.
MBSP menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus diperhebat untuk memastikan premis makanan di seluruh kawasan kendalian mereka berada dalam keadaan bersih dan selamat.
Pssttt! Kepada semua pengusaha restoran, tolong jangan ambil mudah soal kebersihan. Ini bukan sahaja tentang undang-undang, tapi juga soal kesihatan pelanggan. Sekali pelanggan hilang kepercayaan, susah nak pulihkan balik. Jadi pastikan premis sentiasa bersih, pekerja ada dokumen sah dan ikut peraturan yang ditetapkan.
Kredit: Facebook MBSP
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.