Restu Pasangan #BASS, Netizen Minta Eizlan Yusof Buat Filem Papar Kisah Cinta Bella Astillah & Syed Saddiq – “Suri Hati Mr. Parlimen”

Restu Pasangan #BASS, Netizen Minta Eizlan Yusof Buat Filem Papar Kisah Cinta Bella Astillah & Syed Saddiq – “Suri Hati Mr. Parlimen”

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik beberapa foto bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam satu majlis menyambut lebaran.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Eizlan meluahkan rasa bangga terhadap Saddiq yang banyak berkorban sebagai wakil rakyat di sebuah kawasan persekutuan Johor iaitu Muar.

Dalam muat naik sama juga, Eizlan turut sempat mengusik Saddiq untuk segera ‘menghalalkan’ hubungan bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

“Untung orang Muar ada pemimpin rakyat yang tegas dan hebat di Parlimen dalam membawa suara rakyat dan punya budi pekerti yg sangat baik.. Datang dari sebuah keluarga yang sangat sopan, baik dan harmoni.. Kami sayang YB Syed Saddiq dan kami sokong #BASS (jangan tunggu lama sangat ya),” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang memberikan idea untuk Eizlan untuk membuat filem memaparkan kisah ‘cinta’ Bella dan Saddiq.

Membalas komen tersebut, Eizlan berkata itu satu idea yang bernas dan akan dipertimbangkan.

Scroll to Top