Selepas enam tahun bertapak dalam industri seni, pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah kereta hasil titik peluhnya selama ini.
Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Mohd Faisal berkata, kereta jenama mewah Volkswagen itu adalah ‘baby’ keduanya selain mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram, pelakon berusia 22 tahun tersebut berkongsi foto bersama kereta berkenaan yang turut diraikan oleh kakaknya aktres popular Fasha Sandha.
“Syukur alhamdulillah, my second baby. Thank you Volkswagen Malaysia!” tulisnya ringkas.
Posting tersebut menerima ucapan tahniah pengikutnya dan mengakui pelakon drama Misteri Mona itu sememangnya layak untuk memiliki kereta berkenaan.
Selain itu, Fasha turut berkongsi rasa bangga dan menitipkan kata nasihat buat adiknya itu agar tidak mudah berputus asa serta menjaga reputasi dalam bidang lakonan.
Terdahulu, Elisya melangsungkan pertunangan dengan anak kepada penerbit dan pelakon, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada Januari lalu.
Sumber: Instagram Elisya Sandha & Fasha Sandha