Selepas berhadapan cabaran dalam alam perkahwinan, nama pelakon kacak, Fattah Amin kembali hangat diperkatakan orang ramai.
Rezeki semakin mencurah dalam bidang lakonan serta menjalin kolaborasi dengan beberapa jenama, kini Fattah melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen terkenal, PTTI.
Memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fattah memuat naik video di TikTok yang mendapat lebih 1 juta tontonan.
Kandungan tular itu dibanjiri dengan komen peminat yang menyokong usaha Fattah dalam membantu pelajar.
Dalam pada itu, Fattah juga dihujani dengan komen-komen usikan netizen yang mahu mendaftar SPM semula semata-mata untuk memberi sokongan terhadap aktor itu.


Menerusi kerjasama ini, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.
Sesi percubaan ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.
Fattah yang dikenali dengan pengaruh positif dalam kalangan peminat muda, melihat ini sebagai satu peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan.
@fattahamin Fighting geng SPM Batch 07! More info DM @PTTI ♬ Foolish Balloonist – DJ BAI
PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, sesi percubaan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai cara PTTI berfungsi dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pihaknya amat teruja dengan kerjasama bersama Fattah Amin.
“Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati, tetapi juga seorang yang bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda. Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh PTTI,” katanya.
Pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendaftar sesi percubaan percuma ini boleh melayari laman web rasmi PTTI atau menghubungi pihak pentadbiran untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad, dan pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja jumlah peserta maksimum dicapai.




