
Tze Yong akan menggunakan peluang rehat sehari untuk mengharungi aksi separuh akhir Terbuka Perancis pada Sabtu. – Foto Badminton Photo
TUAH buat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong apabila dihadiahkan kemenangan percuma untuk ke separuh akhir Terbuka Perancis.
Pemain berusia 23 tahun itu dijadualkan turun ke gelanggang pada Jumaat untuk saingan suku akhir menentang juara dunia Kunlavut Vitidsarn yang juga pilihan keempat kejohanan.
Bagaimanapun jaguh Thailand itu menarik diri sekali gus Tze Yong menjadi wakil tunggal negara meneruskan cabaran pada Terbuka Perancis.
Kelebihan itu sudah pasti akan dimanfaatkan oleh Tze Yong untuk ‘mengumpul tenaga’ menjelang aksi separuh akhir pada Sabtu.



