Semalam, media sosial kecoh dengan rakaman Rafidah Ibrahim meraung dan menangis ketika pihak berkuasa menjalankan operasi memecahkan pintu serta mengeluarkan barangan dari rumahnya di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.
Seperti yang diketahui ramai, selebriti dan aktivis itu sejak dulu lantang mempertahankan tapak perumahan kampung tersebut. Namun, detik penuh emosi itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Tak berhati perut” – Rafidah Ibrahim
Rafidah menyifatkan tindakan penguat kuasa itu sebagai “tidak berhati perut”. Video dirinya meraung di bawah hujan turut menjadi tular dan mencetuskan perdebatan hangat.
Bagaimanapun, di laman sosial Threads, potongan klip dari portal KiniTV memaparkan aksi Rafidah yang menangis kemudian berhenti secara tiba-tiba, sekali gus menimbulkan dakwaan ia sekadar lakonan.
Macam mana Pidah buat ek? Dia boleh stop nangis macam tu je… Produser filem memang cari orang macam ini.
Gitu je dia wayang.
Operasi jadi tegang hingga polis cedera

Untuk rekod, operasi itu dijalankan oleh PDRM bersama beberapa agensi penguat kuasa bagi melaksanakan writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu melibatkan 37 rumah teres di kampung tersebut.
Namun, suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan individu merempuh kawasan operasi hingga menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera.
Pssttt! Setiap konflik ada sisi manusia dan sisi undang-undang. Sebelum menilai, fahami kedua-duanya. Empati itu penting, tapi jangan terus menghukum hanya dari potongan video.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




