Usahawan terkenal Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib tidak dapat menahan kesedihan di atas pemergian isteri, Akiko Okumura.
Ridzokumura ketika ditemui mStar berkata, beliau akan menceritakan apa yang terjadi apabila sudah bersedia kelak.
Ridzokumura sangat sedih, akan kongsi cerita bila bersedia

Buat masa ini, beliau meminta untuk diberikan masa dan ruang untuk menenangkan diri terlebih dahulu.
Sampai masa nanti saya akan cerita daripada awal hingga akhir apa yang berlaku. Saya nak cakap banyak pun tak boleh sekarang, rasa sedih sangat sampai tak boleh nak bercakap.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat memenuhi permintaan arwah untuk membuat persiapan sempena Ramadan.
Ralat tak sempat penuhi permintaan arwah

Jelasnya, sebelum pemergian isteri ada mengajaknya ke pasar raya untuk membeli barang dapur.
Setiap kali tibanya Ramadan arwah pasti akan masak juadah untuk sahur dan berbuka puasa. Tapi niatnya itu tak kesampaian, nantilah saya cerita dalam video live.
Jenazah Akiko selamat dikebumikan pada pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya Selangor.
Sebelum ini, Akiko menarik perhatian ramai apabila menyediakan juadah sahur dan berbuka yang enak buat suami dan anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura setiap kali Ramadan.
Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
