Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzuan Ridzokumura mengaku duit milik Allahyarham isterinya, Akiko Okumura hilang ketika insiden berlaku.
Katanya, dia menyedari duit tersebut lesap beberapa hari lepas ketika mahu menyimpan duit berkenaan.
Bagaimanapun, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak memandangkan pada ketika kejadian tersebut berlaku, dia juga berada dalam situasi yang tidak stabil.
“Masa tu saya lost, tak tahu apa benda jadi, dan baru dua ke tiga hari ni saya nak kemas. So, saya nak ambil lah duit tu nak simpan, tapi bila cari duit tu dah tak ada.
“So, saya telefon saya punya manager (orang yang sama ada masa saya masukkan duit itu). Tapi siapa ambil saya pun tak tahu. Saya tak mahu menuduh pada saya biarlah dia dengan Tuhan sahaja,” katanya.
Perkara itu dikongsi Ridzokumura menerusi sesi siarang langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.
Ketika disoal mengenai adakah dia sudah membuat laporan polis, Ridzokumura bagaimanapun berkata dia reda kerana ketika kejadian rumahnya hanya dipenuhi dengan ahli forensik, doktor, polis dan rakan terdekat sahaja.
“Masa kejadian dalam rumah saya polis pun ada, tapi saya tak tuduh sesiapa. Ada forensik, polis, doktor, ramai sangat. Jadi saya tak tahu nak cakap apa. That’s why pada saya, saya reda sahaja… tapi nanti jawablah dengan Tuhan. Itu duit arwah bukan saya.
“Sebab masa tu kami baru balik dari Jepun, jadi duit Jepun tu ada dua enveloped. Jumlahnya dalam RM60,000 ke 70,000,” jelasnya.
Mengulas lanjut, dia terkilan apabila tidak dapat menunaikan hajat isterinya iaitu untuk memiliki produk kecantikan sendiri
Sekaligus menganggap, harta yang banyak tidak dapat menyembuhkan luka dan menggantikan kehilangan insan yang tersayang.
“Harta dunia ni bagi saya adalah bila sampai ke tahap macam ni tak tefikir nak buat apa benda semua.
“Sebab abang semau dah ada. Alhamdulillah, arwah sebelum dia pergi, harta benda yang ada sekarang ni semua harta dia bukan harta saya. saya tak ada harta. Consider harta sky lah. Rumah, rumah dekat Mont Kiara, dekat Subang, bagi busines, semua dia punya produk. Bukan saya punya.
“Cuma saya terkilan sebab dia nak keluarkan produk kecantikan tapi tak sampai hajat dia. Tapi actually benda tu on going process.
“Pada saya duit dan harta benda ni tak ada apa dik, bila tengok kejadian arwah meninggal dan tinggalkan baju-baju dia yang sehelai sahaja berharga RM11,000. Jadi abang nak buat apa baju-baju tu semua. Simpan sahaja,” kongsinya.



