Ridzuan Puzi bersara

Ridzuan Puzi bersara

PETALING JAYA: Selepas lebih sedekad berbakti akhirnya jaguh pecut para negara, Mohamad Ridzuan Puzi membuat keputusan untuk bersara daripada arena olahraga.

Atlet kelahiran Padang Besar, Perlis itu mencipta nama apabila memenangi emas dalam acara 100 meter (m) T36 pada Sukan Paralimpik Rio 2016 malah turut memecahkan rekod temasya dengan catatan masa 12.07 saat.

Ridzuan lebih mesra disapa Dek Wan menghidap cerebral palsy sejak kecil mula beraksi pentas antarabangsa pada Sukan Para ASEAN 2011.

Sepanjang kariernya, beliau pernah menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara 100m T36 selain meraih pelbagai pingat di kejohanan utama termasuk meraih emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2015.

Kemuncak prestasi Ridzuan dapat disaksikan pada 2018 apabila meraih tiga pingat emas pada Sukan Para Asia Jakarta-Palembang dalam acara 100m T36, 400m T36 dan lompat jauh T36. – UTUSAN

 

 

Scroll to Top