Ridzuan Ridzokumura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah Kematian Arwah Isteri

Ridzuan Ridzokumura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah Kematian Arwah Isteri

Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Ridzokumura memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan terhadap pemfitnah yang menyebarkan mengenai kematian Allahyarham isterinya, Akiko Okumura dan keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, memuat naik foto bersama seorang peguam mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Dalam muat naik itu, Ridzuan meminta pengikutnya untuk menghubungi pembantu peribadi sekiranya mereka mempunyai maklumat berkaitan isu fitnah terhadap keluarganya dan arwah Akiko.

“Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang2 terhadap sesiapa yang memfitnah saya, Sky & Arwah. Jika anda mempunyai maklumat berkaitan fitnah ke atas kami sekeluarga, sila hubungi PA saya,” katanya.

Sebelum ini, Ridzuan menafikan dakwaan ubat-ubatan milik Allahyarham isterinya, Akiko Okumura, telah dirampas, sebaliknya dirinya sendiri yang menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Pada hari Jumaat yang lalu, Ridzuan berkongsi berita duka mengenai pemergian isterinya tersayang.

Jenazah Allahyarham Akiko Okumura telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor, pada pagi Sabtu lalu.

Ridzuan dan Akiko telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Sebak, Kongsi Nota Terakhir Allahyarham Akiko

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ubat Arwah Akiko Bukan Dirampas, Saya Serah Sendiri Kepada Pihak Berkuasa” – Ridzuan Ridzokumura Sebak Luah Rasa Terkilan

Scroll to Top