Riena Diana Hilang Sabar, Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Saman Nanti Baru Nak Gelabah!”

Riena Diana Hilang Sabar, Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Saman Nanti Baru Nak Gelabah!”

Pelakon, Riena Diana meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang menyebarkan fitnah dan tohmahan terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs),  Riena sepertinya sudah hilang sabar terhadap netizen yang tidak henti mengecam sehingga telah menganggu kondisi mentalnya.

“Sebenarnya tak nak tegur pun dan tak nak kisah apa pun yang setengah orang komen negatif tentang saya dan Keith.

“Cakap macam tak ada otak dan tak tahu pun mengenai kehidupan kami berdua. Tetapi, komen korang melampau, pandai-pandai cakap termasuk komen mak bapa saya dah mati. Tak rasa berdosa ke menghukum kehidupan orang macam tu?

“Aku memang marah. Aku gelak-gelak buat lawak bodoh apa semua tak bermaksud korang boleh pihak,” katanya.


Dalam masa sama, Riena tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap mereka agar dapat memberi pengajaran setimpal.

“Saya cuma nak kongsi tentang kerja dan kehidupan, bukan untuk korang komen lebih-lebih sampai ganggu mental aku.

“Cukup-cukuplah aku bagi muka dekat netizen mulut h*nat. Jangan sibuk nak menyampaikan berita tak sahih, komen negatif pasal aku. Korang bagus sangat ke? Get a life!

“Kejap lagi aku saman sekor-sekor yang tulis merepek baru takut gelabahkan? Biar korang rasa sikit dan tahu nak letak sempadan. Jangan jadi bengap,” tulisnya.

Scroll to Top