Riezman Khuzaimi rasa terhina, ditawar berlakon serendah RM150 sehari

Riezman Khuzaimi rasa terhina, ditawar berlakon serendah RM150 sehari

Pelakon veteran, Riezman Khuzaimi rasa terhina apabila ditawar berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.

Menurut laporan Astro Gempak, pelakon yang berusia 54 tahun menganggap tawaran yang diterima tidak memandai memandangkan dia adalah salah seorang aktor berpengalaman dalam dunia industri seni.

Riezman Khuzaimi rasa terhina

Artikel lain: Wan Maimunah luah kecewa, hanya dapat RM200 jayakan telefilem

“Setahun ada dua atau satu filem, drama pun begitu juga. Orang selalu tanya kenapa jarang nampak dekat TV, saya cakap terus terang sebab dia orang tak mampu bayar saya.
“Tak mampu bayar bukan kerana mahal, tapi bayaran itu saya rasa seperti satu penghinaan.
“Jadi saya rasa lebih baik saya jual burger boleh dapat dalam RM300 ke RM400 sehari daripada berlakon dapat RM150, itu melampaulah,” katanya.

Riezman Khuzaimi rasa terhina

Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Perak itu tidak menafikan isu gaji rendah menjadi asbab pelakon veteran lain terpaksa menolak tawaran berlakon.

Riezman Khuzaimi berpandangan pihak produksi perlu membayar gaji setimpal dengan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang pelakon.

“Memang patut dia (Azlee Senario) tolak. Kalau kita tengok Senario berlakon, menyanyi dan buat lawak…kita sepatutnya kena hormati. Patutnya lagi senior lagi tinggi bukan lagi catu.
“Sama juga macam Jalil Hamid kenapa dia tak nak berlakon, sebab tawaran yang macam itu. Fauziah Nawi pun begitu.
“Saya pun pernah berlakon di Indonesia dan Hong Kong. Bukan sebab status tapi pengalaman. Lagi senior pelakon itu mereka sepatutnya bayar sama dengan pengalamannya.
“Perkara ini makin teruk. Ini nak merosakkan industri kita, kualiti akan jatuh,” ujarnya lagi.

Sumber: Astro Gempak (Amri Hassan)