Oh! Artis
Watie kongsi semula momen hamil selepas keguguran, luah rasa rindu usap perut buat netizen sebak.
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, Watie Hanifiah baru-baru ini berkongsi semula momen hamilnya dahulu yang cukup menyentuh hati ramai.
BACA: “Saat Kamu Di Syurga, Ada Ibu Yang Menjaga Anak Mummy” – Isteri Shuib Keguguran
Menerusi satu video di Instagram, Watie dilihat mengusap baby bump sambil menulis kapsyen penuh emosi tentang kerinduannya terhadap saat-saat mengandung.
“Kadang rindu itu datang”
Walaupun kandungan itu sudah tiada, rasa sayang dan rindu masih kekal mendalam dalam hati seorang ibu.
Kadang rindu itu datang… rindu nak merasa usap-usap perut lagi. Moga yang TTC juga diberikan rezeki…
Watie reda tapi hati tetap rindu

Dalam kapsyen sama, Watie turut beri kata-kata semangat kepada para ibu yang sedang berusaha untuk hamil dan mengajak mereka mencuba ikhtiar seperti yang dilaluinya sebelum ini.
Ruangan komen dibanjiri ucapan doa dan harapan agar Watie terus kuat, malah ada juga yang sebak melihat video tersebut dan turut terkenang pengalaman sendiri.
Untuk makluman, Watie sebelum ini mengumumkan bahawa dirinya telah mengalami keguguran. Berita itu disambut dengan rasa simpati dan doa yang tak putus-putus dari peminat yang mengikuti perkembangan dirinya sejak awal perkahwinan dengan Shuib.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.