
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2320/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2275/2345 ketika ditutup semalam. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila para pedagang pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, kata seorang ahli ekonomi.
Mesyuarat FOMC yang berlangsung selama dua hari dari 29 hingga 30 Julai di Washington dijangka memberikan panduan penting mengenai hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan AS.
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2320/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2275/2345 ketika ditutup semalam.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata buat masa ini, data pasaran buruh AS akan menjadi tumpuan utama malam ini apabila Laporan Tinjauan Peluang Pekerjaan dan Perolehan Buruh (JOLTS) diterbitkan.
“Anggaran konsensus menjangkakan jumlah peluang pekerjaan akan menurun kepada 7.55 juta pada Jun daripada 7.769 juta pada bulan sebelumnya,” katanya kepada Bernama.
Setakat ini, kata Mohd Afzanizam, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat setinggi 99.01 tetapi kemudiannya berlegar sekitar 98.816 mata.
Pada penutup dagangan, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 2.8479/8511 daripada 2.8497/8546 ketika ditutup pada Isnin, menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.6518/6578 daripada 5.6720/6814 minggu lepas dan menokok sedikit berbanding euro kepada 4.8990/9042 daripada 4.9331/9412 sebelumnya.
Ringgit juga kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang serantau.
Ia lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 257.8/258.2 daripada 258.3/258.9 semalam, melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2875/2913 daripada 3.2917/2974, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.38/7.39 daripada 7.39/7.41, namun menyusut berbanding baht Thailand kepada 13.0537/0740 daripada 13.0511/0787 sebelumnya. – Bernama