Nama Youtuber terkenal, Syahmi Sazli rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana setiap konten video yang dimuat naik olehnya sentiasa mendapat perhatian ramai.
Ini termasuklah perniagaan minuman ‘air balang’ yang diusahakan olehnya sejak bulan Ramadan lalu yang dikatakan sangat ‘laku keras’ di kalangan penduduk setempat, termasuklah pengunjung luar.
Semalam, Syahmi yang juga seorang pengarah terkenal memberitahu perniagaan air balang itu terpaksa dihentikan walaupun mendapat sambutan baik.
“Salam semua. Mi nak beritahu berita mengenai kedai air balang. Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini. Jadi, Khamis (hari ini)merupakan hari terakhir Mi jual.”katanya.
Menurut Syahmi, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor seperti parkir di kawasan perniagaannya kerana risau ‘terambil’ hak orang.
“Mengambil kira beberapa faktor seperti parkir. Mi risau terambik hak parkir orang lain.” jelasnya.

Meskipun agak menyedihkan, namun tindakan yang dilakukan oleh jejaka kelahiran pantai timur itu dipuji oleh warganet kerana masih memikirkan hak masyarakat setempat.







Selain itu, ramai memberikan beberapa cadangan kepada Syahmi bagi meneruskan perniagaan air balangnya itu seperti mencari lokasi kedai yang bersesuaian ataupun kilang.








Pada masa yang sama, Syahmi sempat mempromosikan filem kedua arahannya yang bakal ditayangkan di Astro First pada bulan ini.
Apa-apapun, didoakan semoga urusan Syahmi Syazli dan pasukan dipermudahkan.
Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production



