Risau raya tahun ni duduk rumah lagi, pelajar2 pakai baju Melayu lengkap pergi kelas

Risau raya tahun ni duduk rumah lagi, pelajar2 pakai baju Melayu lengkap pergi kelas

Sudah dua tahun kebelakangan ini rasanya kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga di hari raya memandangkan pandemik masih menghantui negara.

Walaupun pihak kerajaan sudah memaklumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan rentas negeri tidak akan dilaksanakan lagi, namun masih ada yang ‘takut’ tidak dapat berhari raya di kampung seperti sebelum ini.

Jadi, menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai @juliansheesh, dia telah memuat naik beberapa video memakai baju Melayu bersama rakan-rakannya untuk pergi ke kelas.

@juliansheesh

bila lagi kan #fyp #fypシ

♬ Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir

Pelajar insititusi pengajian tinggi itu memaklumkan tujuan mereka memakai baju Melayu lengkap bersampin itu hanya untuk suka-suka serta bimbang tidak dapat berhari raya seperti dua tahun kebelakangan ini.

@juliansheesh

Reply to @siakapstim43 betul tu hahah #fyp #fypシ

♬ Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir

Situasi tersebut nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata berasa terhibur melihat mereka yang segak berbaju Melayu berjalan menuju ke kelas dengan alasan bimbang tak dapat berhari raya seperti tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, warganet yang menonton video berkenaan telah meninggalkan komen dengan pelbagai reaksi. Ada diantara mereka seronok melihat circle pergaulan yang sama perangai dan ‘gila-gila’.

 

 

Sumber: TikTok @juliansheesh

 

Scroll to Top