Baru-baru ini Cik Bunga berkesempatan turun padang ke sidang media filem Duyung Legenda Aurora di Wetland Putrajaya.
Terus-terang, memang Cik Bunga tidak sabar hendak jumpa barisan pelakon filem Duyung sebab dari tahun 2008 sudah jatuh hati dengan cerita ini dan lakonan mereka yang terlibat.
Pada masa sama, Cik Bunga pun mahu tahu juga siapa yang jadi anak duyung dalam cerita ini. Oh! Rupanya Anna Jobling yang akan jadi anak Puteri nanti.
Sesuai sangatlah itu! Tetapi pada hari sidang media dijalankan, Maya dan Anna hadir lewat. Namun antara mereka, Maya sampai dahulu meskipun hampir dua jam juga kelewatan itu berlaku.
Bila sampai semua orang legalah kerana akhirnya ‘duyung’ sudah sampai. Sempat Cik Bunga perhatikan, Maya cuba untuk relaks tetapi tubuhnya jadi macam menggigil dan keadaan itu sedang cuba dikawal oleh Maya yang sedang duduk di barisan hadapan.
Risau juga Cik Bunga dan rupa-rupannya ramai lagi tetamu yang jelas nampak Maya berkeadaan begitu.
Tak tahulah sebab dia rasa gementar atau apa, tetapi rasanya tidak mungkin sebab jumpa ramai orang di sidang media itu maka dia rasa gementar.
Bukannya Maya tidak pernah jadi tumpuan sebelum ini bukan? Tertanya tanya juga Cik Bunga dalam hati namun terbit juga persoalan sama ada pelakon ini mempunyai penyakit anxiety? Boleh jadi bukan? Namun tidak pasti pula Cik Bunga.
Kecuali kalau Maya sendiri yang cakap memang dia ada penyakit itu. Apa pun, harap-harap Maya sihat sahaja sebab ramai sedang tidak sabar hendak tengok kemunculan Maya dalam filem sekuel Duyung ini.
Memang ramai yang kata rindu mahu lihat lakonannya selain filem ini yang sangat nostalgia di hati mereka.




