Bagi segelintir wanita, sebut sahaja perkataan bermadu ataupun poligami sudah tentu akan tercetusnya perang dunia leih-lebih lagi jika ia keluar dari mulut suami sendiri.
Bagaimanapun, setiap pandangan dan penerimaan seseorang itu berbeza kerana sebenarnya masih ada wanita yang mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan berkenaan.
Baru-baru ini, kecekalan seorang isteri ini menjadi perhatian di TikTok apabila dia mengizinkan suaminya untuk berkahwin buat kali kedua.
Berpakaian sedondon bersama si suami dan madunya, dia dilihat membantu lelaki tersebut memakai sampin bagi majlis akad nikah yang diadakan di pejabat agama.
@nurshalini21 Insan yg terpilih utk berkongsi kasih sayang bersama💕 #indahnyapoligami #syukuralhamdulillah
Tidak cukup dengan itu, wanita itu jugalah yang merisik bakal madunya sendiri seminggu sebelum majlis nikah tersebut.
Menurut komen yang ditinggalkan oleh adiknya, wanita berkenaan menerima ketentuan jodoh itu dengan ikhlas serta reda dan meminta agar semua orang mendoakan yang terbaik buat mereka.
@nurshalini21 Kakak ku insan terpilih untuk berkongsi kasih sayang💕 #fyp #fypシ #madu #fypdongggggggg #fypmalaysia🇲🇾 #isterisolehah #poligami #syukur
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga itu. Ada juga yang menegur wajah kedua-dua madu itu seiras seperti adik-beradik.
Dalam pada itu, mereka juga tidak berhenti memuji ketabahan isteri pertama yang sentiasa tersenyum bila melihat suaminya berkahwin dengan wanita lain.
Sumber: TikTok @nurshalini21