Rita Rudaini Kecewa Kes Zara Masih Tiada Tangkapan

Rita Rudaini Kecewa Kes Zara Masih Tiada Tangkapan

Oh! Artis

Rita Rudaini luah kecewa kes Zara Qairina masih tiada tangkapan, gesa saksi tampil bantu siasatan.


Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan siasatan kes kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustafa, Zara Qairina yang dipercayai menjadi mangsa buli.

Hingga kini, tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun insiden menyayat hati itu telah berlaku beberapa hari.

Dalam satu hantaran di media sosial, Rita dengan lantang menggesa agar pihak yang menyaksikan kejadian tampil memberikan maklumat sebenar kepada pihak berkuasa.

Bagi Rita, keadilan perlu ditegakkan dan sesiapa yang terbabit atau cuai dalam kes ini tidak patut dibiarkan terlepas.

BACA: Dakwaan Pelaku Kes Zara Qairina Dilindungi, Nurulhidayah Mohon PDRM Buat Kenyataan

“Tolong jadi manusia!”- Rita Rudaini.

Rita turut menzahirkan rasa kecewanya apabila tiada seorang pun ditahan reman setakat ini.

Sudah hari ke berapa dah ni, seorang (suspek) pun tiada ditahan reman lagi ke? Susah sangat nak cari?

Cekup dulu warden, pengetua dan guru-guru, siasat! Waktu macam ini tak nak pula mengaku Zara di bawah jagaan korang.- Tegas Rita.

Beliau juga menyeru para saksi tampil membantu siasatan dan jangan takut untuk bercakap benar.

Mungkin hari ini nasib ibu Zara, suatu hari akan kena dekat anak korang pula. Tolong jadi manusia!

Wahai pelajar dan guru-guru, Allah sedang menguji kamu untuk bercakap benar atau tidak.- Katanya lagi.

Dakwaan suspek kes Zara dilindungi timbul…

Sebelum ini, anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah turut menyuarakan kebimbangan. Beliau mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan tentang dakwaan bahawa suspek dalam kes ini sedang dilindungi oleh pihak tertentu.

Namun begitu, pihak polis Sabah menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, memandangkan siasatan masih giat dijalankan.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua peka dan prihatin bila melibatkan isu serius macam ni. Jangan takut untuk bersuara jika ada maklumat yang boleh bantu siasatan. Dalam hal macam ni, diam boleh jadi pengkhianatan. Keberanian untuk bercakap benar tu sangat penting, demi keadilan dan keselamatan semua pelajar.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top