Rita Rudaini Sindir Ibu Bapa ‘Hati Busuk’ Aktiviti Sekola

Rita Rudaini Sindir Ibu Bapa ‘Hati Busuk’ Aktiviti Sekola

Oh! Artis

Rita Rudaini sindir ibu bapa ‘hati busuk’ selepas potluck sekolah anak jadi isu.


Pelakon terkenal, Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi pengalaman menghadiri satu acara potluck di sekolah anaknya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, acara yang melibatkan ibu bapa dan pelajar itu dilihat sangat meriah dengan pelbagai makanan yang dibawa untuk dinikmati bersama.

Lebih menarik, pelajar-pelajar turut merakam trend video dan kelihatan seronok meluangkan masa bersama-sama, menjadikan suasana kelihatan sangat mesra dan santai.

Rita Rudaini ibu bapa yang tak puas hati tak dijemput?

 8088

Namun begitu, bukan semua yang senang hati dengan aktiviti sebegitu. Dalam kapsyen yang ditulis oleh Rita, dia menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap pihak yang cuba mencari salah dan menyindir mereka.

Tu pun jadi isu, oleh orang yang berhati busuk. Mengadu domba, maka terjadi lah ‘nak buat potluck kena maklum’.

Apakah? Nak makan pun salah ke? Kalau saya tulis ni ada kata saya memalukan dan menjatuhkan.- Tulisnya.

Difahamkan, pihak yang dimaksudkan dipercayai ibu bapa pelajar lain yang tidak dijemput, dan mula menyebarkan rasa tidak puas hati.

Netizen sokong Rita Rudaini dan puji sikapnya…

 8089

Walaupun ada suara yang kurang senang, ramai netizen tampil menyokong Rita Rudaini. Ada yang menyifatkan aktiviti seperti itu patut diteruskan kerana memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa berkualiti bersama.

Malah, sikap Rita yang ramah dengan pelajar-pelajar dan ibu bapa lain juga mendapat pujian ramai. Mereka menyifatkan suasana sebegini mampu mengeratkan hubungan antara komuniti sekolah dan menjadikan pengalaman belajar lebih menyeronokkan buat anak-anak.

Pssttt! Kadang-kadang, benda yang baik pun boleh jadi isu bila ada yang simpan perasaan iri. Ohmedia rasa tak salah pun nak berkumpul makan-makan dan eratkan silaturahim, asalkan niatnya betul dan tak meminggirkan sesiapa. Jadi, korang yang nak buat aktiviti macam ni nanti, pastikan semuanya diajak dan elak salah faham. Kita buat sama-sama, seronok sama-sama!

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top