Ritual ‘halau’ banjir Raja Bomoh tular, netizen minta jangan tambah murka Allah

Insiden MH360 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita sehingga hari ini benar-benar berbekas dalam diri rakyat Malaysia.

Pelbagai inisiatif digunakan untuk mengesan keberadaan pesawat Malaysia Airlines itu termasuklah ada sesetengah pengamal perubatan alternatif yang dikenali sebagai Raja Bomoh  menawarkan diri untuk membantu proses mengesan pesawat yang hilang tersebut.

Walaupun proses berkenaan tidak berhasil dan mendapat tentangan daripada banyak pihak, namun nama Raja Bomoh kekal menjadi sebutan disebabkan perkara itu sehingga ke hari ini.

Nampaknya, individu tersebut kembali meraih perhatian orang ramai apabila membuat ritual menghalau banjir di FB live miliknya sebelum dimuat naik kembali ke aplikasi TikTok @akhiameer dan mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

@akhiameer

Astaghfirullah, halau banjir pulak dah😢 #banjir2021 #daruratbanjir #fyp

♬ original sound – MOHD AMIRUL – MOHD AMIRUL

Menerusi video yang dikongsikan, pelbagai barang ritual untuk menghalau banjir disediakan dengan memperlihat Raja Bomoh serta seorang lagi wanita mulai membaca ayat-ayat al-Quran serta jampi serapah dengan senaskah kitab suci di hadapan mereka.

Sehubungan dengan tularnya video itu, ruangan komen pengguna TiTok berkenaan penuh dengan reaksi warganet yang bimbang dengan akidah umat Islam susulan perkara tersebut sangat bertentangan dengan agama Islam.

 

 

Sumber: TikTok @akhiarmeer