Rizab antarabangsa berjumlah AS$128.3 bilion setakat 27 Februari 2026 – BNM

Rizab antarabangsa berjumlah AS8.3 bilion setakat 27 Februari 2026 – BNM
Rizab antarabangsa berjumlah AS8.3 bilion setakat 27 Februari 2026 – BNM

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$128.3 bilion setakat 27 Februari 2026.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$128.3 bilion setakat 27 Februari 2026.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, bank pusat itu berkata, paras rizab berkenaan adalah memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, komponen utama ialah rizab mata wang asing (AS$112.5 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$6.0 bilion), emas (AS$6.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Keseluruhan aset berjumlah RM606.44 bilion, terdiri daripada emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM520.14 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.73 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66 bilion), hartanah dan peralatan (RM4.55 bilion) dan aset lain (RM37.93 bilion).

Dari segi liabiliti, BNM berkata, mata wang dalam edaran berjumlah RM186.66 bilion, manakala deposit berjumlah RM177.74 bilion, termasuk deposit dengan institusi kewangan (RM102.78 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.38 bilion) dan lain-lain (RM69.58 bilion).

Modal bank pusat itu berjumlah RM100 juta, dengan rizab sebanyak RM202.83 bilion, di samping kertas Bank Negara (RM7.97 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) dan liabiliti lain (RM4.29 bilion). – Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$128.3 bilion setakat 27 Februari 2026
  • Paras rizab memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan
  • Komponen utama termasuk rizab mata wang asing (AS$112.5 bilion) dan emas (AS$6.1 bilion)
  • Keseluruhan aset berjumlah RM606.44 bilion termasuk emas, aset kewangan asing dan SDR
  • Mata wang dalam edaran berjumlah RM186.66 bilion, manakala deposit berjumlah RM177.74 bilion
Scroll to Top