
Rizab antarabangsa BNM berada pada AS$126.6 bilion setakat 31 Mac 2026.
KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$126.6 bilion setakat 31 Mac, 2026.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
BNM berkata rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$110.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$6.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Sementara itu, bank pusat berkata jumlah asetnya sebanyak RM617.54 bilion, terutamanya emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM511.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.79 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM419.79 juta), harta tanah dan peralatan (RM4.56 bilion) dan aset lain (RM58.98 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM617.54 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM185.44 bilion), mata wang dalam edaran (RM188.75 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.12 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM2.69 bilion), deposit lain (RM70.90 bilion), kertas Bank Negara (RM7.29 bilion), peruntukan SDR (RM26.38 bilion), serta liabiliti lain (RM3.86 bilion). – Bernama



