Trending
Intan Najuwa dedah dokumen mahkamah arah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 juta sebelum Januari 2026.
Pelakon, Datin Intan Najuwa akhirnya tampil memberi kenyataan berhubung kes saman sivil yang difailkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Menerusi satu kenyataan di Instagram, Intan memuat naik dokumen mahkamah bertarikh 16 Disember lalu sebagai rujukan umum.
Mahkamah arah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 juta sebelum Januari 2026

Berdasarkan dokumen tersebut, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil yang mewakili syarikat Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd. diarahkan untuk melunaskan bayaran sebanyak RM1,300,000 sebelum 15 Januari 2026.
Difahamkan, pihak pereka fesyen itu juga perlu membayar faedah sebanyak 5 peratus ke atas jumlah tersebut atau baki bermula 16 Januari ini.
“Hampir 3 tahun pilih untuk berdiam diri” – Intan Najuwa

Intan menjelaskan keputusan untuk bersuara dibuat selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri demi menghormati proses undang-undang.
Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan.
Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang diarahkan oleh mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami.
Selain bayaran utama, mahkamah turut menetapkan Rizman Ruzaini membayar kos sebanyak RM15,000 kepada suami Intan, tertakluk kepada fi alokatur.
Difahamkan, perjanjian bertulis antara kedua-dua pihak itu telah dimeterai kira-kira tiga tahun lalu, namun sepanjang tempoh berkenaan, Intan dan suaminya memilih untuk tidak mengulas perkara tersebut secara terbuka.
Sebelum ini, isu berkenaan menjadi perhatian apabila Intan dilihat menuntut pereka fesyen terkenal itu melunaskan bayaran pinjaman seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bertulis.
Bagaimanapun, ketika ditemu bual, Rizman enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Pssttt! Dalam urusan kewangan dan perniagaan, perjanjian bertulis serta pematuhan keputusan mahkamah adalah asas penting bagi mengelakkan konflik berpanjangan.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




