RM100 Untuk Setiap Rakyat, Tiada Kenaikan Tol Tahun Ini

RM100 Untuk Setiap Rakyat, Tiada Kenaikan Tol Tahun Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dalam sidang media yang sama, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter selepas pelaksanaan penyasaran subsidi, berbanding harga semasa RM2.05 seliter.

Beliau berkata, perincian lanjut mengenai pelaksanaan penyasaran subsidi itu akan diumumkan menjelang akhir September depan.

Kerajaan juga bersetuju untuk tangguh kenaikan tol di lebuhraya untuk tahun ini.

Susulan itu, Kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta. Ini antaranya melibatkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) danLebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

PMX turut mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada 15 September 2025 sempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Sedang dikemaskini…


Scroll to Top