Oh! Artis
Adik ipar Prince Syed luah rasa terkilan selepas ibu bapa mereka ditahan polis akibat salah faham keluarga.
Adik ipar kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed malam tadi membuat siaran langsung selepas keluar daripada lokap.
Difahamkan, Muhd Ikhwan Alif bersama abang dan kedua ibu bapanya ditahan polis selepas Prince Syed membuat laporan polis dakwa dipukul mereka.
BACA: Prince Syed Diserang Di Hadapan Rumah Kakak, Empat Termasuk Ibu Bapa Mentua Ditahan Polis
Dalam siaran langsung itu, Muhd Ikhwan meluahkan rasa sedih kerana ibunya dimasukkan ke dalam lokap hanya kerana ingin melawat kakaknya, Fatin Syazwani yang kini dirawat di sebuah hospital di Selangor.
“Patutnya cukup buat laporan terhadap saya dengan abang saja”
Ikhwan berkata dia tidak menyangka perkara itu akan sampai ke tahap begitu dan menyifatkan tindakan abang iparnya sebagai melampau.
Patutnya cukup buat laporan terhadap saya dengan abang saja tapi tergamak dia buat sampai letak emak dengan abah dalam lokap.
Menurut Ikhwan, kejadian bermula selepas mereka gagal mengawal perasaan kerana kecewa ibu yang datang dari jauh tidak dibenarkan melawat kakak yang kini sedang sakit.
Kenapa buat begitu, kalau tak bagi kami semua melawat, bagi emak pun okay. Sekarang pun emak berat nak balik kampung sebab belum jumpa kakak. Sudah sebulan emak tak dapat berhubung dengan kakak.
Ikhwan mendedahkan hubungan mereka sebenarnya sangat rapat sebelum ini namun, segalanya berubah selepas berlaku salah faham berkaitan kakaknya.
Ikhwan dedah kebenaran berkaitan abang iparnya
Ikhwan juga berharap agar abang iparnya itu berubah dan memberikan peluang untuk ibunya bertemu kakak mereka.
Dalam pada itu, Ikhwan mendakwa selama ini mereka banyak membantu Prince Syed dan Fatin termasuk memberi pinjaman wang.
Namun, siapa sangka Prince Syed sanggup membuat keluarganya begini.
Pssttt! Bila melibatkan hal keluarga, emosi memang sukar dikawal, lebih-lebih lagi bila orang tua sendiri terkesan. Dalam isu ni, Ohmedia harap kedua-dua pihak dapat berdamai dan mencari jalan penyelesaian tanpa perlu libatkan pihak luar. Kasih keluarga sepatutnya menyatukan, bukan memisahkan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




