
Ketua kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt (belakang, tengah) bergambar bersama skuad wanita skuasy kebangsaan (depan, dari dua, kiri) Aira Azman, Aifa Azman, Rachel Arnold dan S Sivasangari selepas memenangi perlawanan menentang Hong Kong dalam acara berpasukan wanita akhir sekaligus meraih pingat Emas pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou baru-baru ini. – Foto: Bernama
KERAJAAN memperuntukkan RM72 juta bagi memperkasa ekosistem atlet dalam Program Podium termasuk RM20 juta di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) sebagai persediaan meraih emas sulung menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan RM12 juta kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa.
Ketika mengumumkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan belia dan sukan di seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif.
“Susulan sambutan tahun ini yang amat menggalakkan, kerajaan akan terus menyediakan dana geran padanan RM50 juta bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta.



