‘Roadtax’ Dan Lesen Fizikal Kembali Tahun Depan, Tapi Ada Caj Tambahan | Oh! Media

‘Roadtax’ Dan Lesen Fizikal Kembali Tahun Depan, Tapi Ada Caj Tambahan | Oh! Media

Kalau korang antara pemandu yang masih nak pegang ‘roadtax‘ dan lesen memandu dalam bentuk fizikal, ada berita baik untuk korang.

Bermula tahun depan, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menawarkan pilihan kepada pemandu sekiranya mereka ingin mencetak dokumen tersebut. Tetapi, caj tambahan tau!

Ada rungutan mengenai lesen dan ‘roadtax’

roadtax
Sekadar gambar hiasan (Foto: ecentral.my)

Memetik laporan Kosmo!, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, langkah ni dibuat disebabkan ada segelintir rakyat yang masih tak biasa dengan sistem digital melalui aplikasi MyJPJ.

Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

Inisiatif ini diumumkan Anthony Loke di Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) tentang keberkesanan pendigitalan yang kurang menggunakan pencetakan.

Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu.

Ada caj tambahan untuk printing

Jadi, kalau korang suka pegang dokumen fizikal, bersedia je la nak keluarkan sedikit duit tambahan.

Walaupun ada yang tak biasa dengan sistem digital, aplikasi Mobile MyJPJ tetap jadi pilihan ramai. Setakat ni, lebih 13.7 juta pengguna memuat turun aplikasi itu sejak dilancarkan tahun lalu.

Transaksi pembaharuan lesen dan cukai jalan pun sudah mencecah lebih 1 juta, dengan kutipan hampir RM121 juta setakat 31 Oktober 2024.

#OhmediaNasihat

Zaman sekarang, kita kena biasakan diri dengan teknologi supaya urusan jadi lebih mudah dan cepat. Tapi kalau korang masih rasa nak dokumen fizikal, pastikan korang bersedia untuk bayar caj tambahan. Yang penting, sentiasa pastikan dokumen berkaitan lesen dan cukai jalan korang aktif, tak kira fizikal atau digital!


Scroll to Top