Kuala Lumpur: Konsert Rockology Concert Tour 2025- North Chapter yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini di Midtown PERDA, Pulau Pinang ditunda ke satu tarikh lain atas sebab-sebab teknikal.
Perkara ini dimaklumkan penganjur, RPM Events Sdn Bhd menerusi satu kenyataan rasmi di Instagram Awie Official milik Datuk Awie, hari ini. .
“Rockology Concert Tour 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 21 Jun ini (Sabtu) di Midtown PERDA, Pulau Pinang telah ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para peminat,” katanya.
Bagaimanapun, penundaan ini tidak membabitkan lokasi lain di Educity Sports Complex, Johor Bahru pada 5 Julai dan ia tetap berlangsung seperti yang dijadualkan sebelum ini.
“Segala persiapan sedang berjalan seperti biasa dan kami tidak sabar untuk menggegarkan selatan tanah air bersama barisan lagenda rock tanah air – Datuk Awie dan Search
(Kid Din),” kata kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd